Tuesday, January 20, 2009

mula nya di sini !

Entri ini masih berkisarkan kemampuan bola sepak negeri Terengganu. Entri ini juga berbaur marah dan kecewa. Lihat saje tulisan ini. Merah tanda gagah. Merah tanda berani. Mereka yang berani menyangkal fakta2 ini pasti memang jantan. Bukan mendabik dada kerana tahu banyak perkara. Sesungguhnya ilmu itu lebih luas dari lautan di muka bumi ini. Ini luahan rasa, sekelumit pengharapan dan segunung kebencian terhadap ketidakadilan kulapok2 tua tersebut.

1) Terengganu pasti nya melangkah ke final sejak dari Akademi Bola Sepak di tubuhkan pada tahun 1995. Di bawah kendalian Che Ku Marzuki bersama Khalid Mohd Dahan. Entah berapa pingat dan piala mereka julang. Sekalung tahniah atas kerajinan dan ketekunan serta ketelusan mereka bekerja.

2) Seterusnya adalah Piala Coke suatu ketika dulu yang rata2 nya di barisi oleh pemain dari akedemi bola sepak negeri terengganu ini. Hanya 2 tahun saje mereka gagal menjadi juara. Itu pn naib juara. Bukan nya tercicir tak sempat bernafas di suku akhir.

3) Kehebatan 2 kelibat ini yang bersama2 bermandi peluh bersama "budak2" pemain yang ketika itu nyata masih mentah dan remaja membuahkan hasil lagi dalam pertandingan sekolah2 Malaysia. Terengganu masih juara sehingga lah terjadi nya perebutan kuasa di antara beberapa individu yang akhir nya berpihak kan orang lain. Nyata nya selepas perpindahan itu mereka kalah. Jadi konklusi nya, pasti dapat kita manusia pandai dapat menterjemahkan bukan ?

4) Piala Belia suatu ketika dulu adalah sepi sekali. Sehinggalah kelibat jujur dan telus itu menerajui. Mereka mengangkat Terengganu menjadi juara lagi. Dalam masa ini pemain di janji kan elaun latiha sebanyak RM50 sehari. Namun apakah benar perlaksanaan tersebut berjalan dengan telus ?? Nyata sekali kulapok2 tersebut seperti biasa mengambil hasil titik peluh orang lain yang jelasnya adalah HARAM untuk di suapkan ke mulut anak2 adan isteri mereka. Berani kan kulapok2 ini hidup di atas makanan yang labelnya HARAM bukan kerana babi mahu pun beracun. Makanan haram ini umpama barah yang mengerik IMAN sehinggalah Iman itu habis.

5) Piala President yang suatu ketika di kendali kan oleh seorang lelaki yang bernama MOHAMMAD BIN NIK. Nyata dia ini tidak mampu menaikkan bola sepak president ke perinkat lebih tinggi. Jauh sekali final. Tak pernah kami peminat bermimpi akan mendengar piala president akan ke akhir. Namun setelah berlaku rombakan dan perubahan Khalid Mohd Dahan dipilih menjadi coach. Atas dasar kejuaraan lalu di Piala Belia. Adalah amat kami banggakan kejuaraan pertama setelah beberapa tahun menjadi milik Terengganu untuk kesekian kalinya. Inilah rezeki ALLAH buat mereka yang jujur dan telus dalam kerja nya.

6) Atas sebab yang sama, beliau di beri mandat untuk menerajui Terengganu untuk temasya SUKMA di Kedah pada tahun 2006. Setelah 10 tahun Terengganu pergi "makan angin" semasa SUKMA, malam itu penentuan penalti menjadikan Terengganu juara lagi. Ya Allah besar nya kurniaan-Mu terhadap orang yang jujur dan telus bekerja.

7) 2008 temasya yang same. Masih coach yang sama. Masih mengekal kan pingat yang sama. Ini kerana usaha yang kuat, persefahaman yang baik antara jurulatih dan pemain. Kami bangga melihat Terengganu juara lagi !! Ribuan penonton membanjiri stadium malam itu. Ribuan penonton juga terpesona dengan corak permainan. Ribuan penonton pulang dengan hati yang puas. Jutaan terima kasih di kalungkan pada pemain dan jurulatihnya.

8) Namun hari ini, di peringkat yang lebih tinggi, pengurusan mengalu2kan jurulatih yang tidak ternama. Malah tidak berupaya. Malah busuk hatinya. Malah singkat semangatnya. Malah menyimpang tujuannya.Yang sudah terbukti keTIDAKUPAYAan dia ( tidak layak utk di gelar beliau) namun masih di simpan. Alasan nya ? Tentu sekali mereka sebulu ! Pasti nya mereka bersekongkol dalam ketiadajujuran dalam kendalian. Bukan niat mereka menaikkan nama Terengganu tapi soal utama " Berapa bnyk wang boleh mereka masuk kn dalam poket2 syaitan itu " Wahai kulapok bangsat, beratkan lah poket mu itu, beratkan la amal jahat di bahu kirimu. Ketahuilah azab Allah amat pedih. Nyata suatu hari merempat la kamu dek busuk hati dan perut.

Ini adalah sebahagiaan dari penelitian. Masih banyak yang boleh penulis bongkarkan. Tunggu saje masa nya. Allah pasti membuka apa saje yang tidak baik. Kerana hati yang busuk pasti terlihat di wajah mereka. Adalah sangat hina makhluk yang bertopengkan manusia tapi sebenarnya berhatikan syaitan.

No comments:

Post a Comment