Friday, January 23, 2009

kera di hutan di susukan ... nak wat camne "ibu" dia planet of d apes !!!!!

Weigang bakal latih Terengganu
Oleh Hamid Salleh
bhsukan@bharian.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berminat mendapatkan khidmat Karl Heinz Weigang bagi melatih skuad negeri itu untuk menghadapi kempen Liga Super musim ini.

Ketika ini, bekas pemain Terengganu, Mohd Nik ditugaskan mengambil alih sebagai jurulatih musim ini selepas Yunus Alif mengundur diri musim lalu.

Namun penampilan skuad Terengganu musim ini begitu lemah kerana selepas empat perlawanan, mereka hanya mencatat satu kemenangan, sekali gus menyebabkan pengurusan PBSNT tiada pilihan selain mencari seorang jurulatih berwibawa untuk ditugaskan mengilap pemain.

Berita Harian difahamkan, Weigang yang pernah melatih skuad kebangsaan dan juga Perak, dijangka tiba di Kuala Terengganu pagi esok dan akan mengadakan pertemuan dengan pemain dan pengurusan pasukan di sebuah hotel di bandar itu.

dipetik daripada :

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Sukan/20090123085331/Article/

Mohamad Nik menang sekali je, x pe simpan ... kalau org lain dah lama kena terajang suh berambus ...

utk Mohamad Nik, pakai ilmu apa? Cerita sikit ... boleh aku belajar?

Tapi kalo the art of kiss ASS xpe ah, aku x sehina tu ...

Wednesday, January 21, 2009

Jagoan Handalan Milik Kita ... Jangan Abaikan kerana 2 Jiwa yang terencat akalnya ....

Dalam entri yang terdahulu ada aku sertakan beberapa nama yang telah mengorak langkah lebih awal berbanding teman2 dalam pasukan yang lain cuma yang aku ingin tambah di sini adalah;

Tahukah pembaca dan peminat sekalian dari mana lahirnya jagoan2 ini? bagaimana kisah mereka tercipta dan bagaimana nama mereka kini terpahat dalam catatan2 sejarah bola sepak Malaysia khasnya dan Terengganu umumnya ... mungkin ramai yang tidak mengetahui, lahirnya jagoan2 ini adalah hasil usaha kerjasama dua insan yang di mata aku tidak begitu dihargai oleh pihak pengurusan yang buta matanya mungkin atau mungkin mengalamai kegagalan fungsi otak yang di tahap kritikal

Aku mengharapkan korang yang membaca entri ini pk pk kan lah ... kepada penyokong setia sang penyu, buat la keputusan yang lebih bijak, jangan sang penyu menangis lagi kerana pengurus dan ketua jurulatih sekarang umpama si buta memimpin si buta ... Sheikh Tajudin itu dah capek, Mohamad Nik pulak makin tempang .. mmg mereka perlu bergandingan berpanjangan tapi jangan la bola sepak kita jadi taruhan ... bangkit la penyokong Sang Penyu!!!!!!!

Yang Org2 X Tahu .....Lembu punye Susu Babi dapat nama ... tapi nak buat mcm mana bila Nakhoda Kapalnya BUTA!!

Gandingan usaha Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor dan Khalid Mohd Dahan

Anugerah Akademi terbaik di Malaysia
Naib Johan Piala Coca Cola (U16)
Naib Johan Piala Nike (U14)
Johan Akademik Bolasepak antara Negeri 2 pemain mewakili pasukan kebangsaan (Mohd Anuar Jusoh dan Mohd Syamsol Saad).
Seorang pemain (Tg. Alias Tg Ibrahim) mewakili Negara ke Kejohanan Piala Nike Asia Pasifik di Kuala Lumpur dan kejohanan Piala Nike World Premier di Perancis.
2 orang pemain mewakili Negara ke Kejohanan Sekolah2 Asia di Korea Selatan (Mohd Fitri Abdullah dan Zairo Anuar Zailani).

Johan Piala Milo (U19)
Johan Akademi antara negeri
Naib Johan Piala Coca Cola (U16)
Johan Piala Nike (U14).
Anugerah Akademi terbaik di Malaysia.

3 orang pemain mewakili skuda Malaysia U19 ke Kejohana Bolasepak Belia Piala Dunia
(Mohd Syamsuri Mustaffa, Marzuki Yusof dan Zairo Anuar Zailani)

Johan acara bolasepak Sukma (2006) dengan menewaskan Kedah 2-0. (Semenjak SUKMA diadakan inilah debut Terengganu di sana)

Johan acara bolasepak Sukma (2008) dengan menewaskan Perlis 5 – 1 (pernah ke ada Final menang mcm gitu score dalam permainan 90MINIT bukan PENALTI ye)

Fikir2 kan kenapa mereka tidak digandingkan untuk menerajui Liga Super berdasarkan rekod ini?? Musykil bukan ... Ada udang di sebalik batu kah?? Atau butakan nakhoda tong kang PBSNT??? Renung2 kan ....

Tuesday, January 20, 2009

mula nya di sini !

Entri ini masih berkisarkan kemampuan bola sepak negeri Terengganu. Entri ini juga berbaur marah dan kecewa. Lihat saje tulisan ini. Merah tanda gagah. Merah tanda berani. Mereka yang berani menyangkal fakta2 ini pasti memang jantan. Bukan mendabik dada kerana tahu banyak perkara. Sesungguhnya ilmu itu lebih luas dari lautan di muka bumi ini. Ini luahan rasa, sekelumit pengharapan dan segunung kebencian terhadap ketidakadilan kulapok2 tua tersebut.

1) Terengganu pasti nya melangkah ke final sejak dari Akademi Bola Sepak di tubuhkan pada tahun 1995. Di bawah kendalian Che Ku Marzuki bersama Khalid Mohd Dahan. Entah berapa pingat dan piala mereka julang. Sekalung tahniah atas kerajinan dan ketekunan serta ketelusan mereka bekerja.

2) Seterusnya adalah Piala Coke suatu ketika dulu yang rata2 nya di barisi oleh pemain dari akedemi bola sepak negeri terengganu ini. Hanya 2 tahun saje mereka gagal menjadi juara. Itu pn naib juara. Bukan nya tercicir tak sempat bernafas di suku akhir.

3) Kehebatan 2 kelibat ini yang bersama2 bermandi peluh bersama "budak2" pemain yang ketika itu nyata masih mentah dan remaja membuahkan hasil lagi dalam pertandingan sekolah2 Malaysia. Terengganu masih juara sehingga lah terjadi nya perebutan kuasa di antara beberapa individu yang akhir nya berpihak kan orang lain. Nyata nya selepas perpindahan itu mereka kalah. Jadi konklusi nya, pasti dapat kita manusia pandai dapat menterjemahkan bukan ?

4) Piala Belia suatu ketika dulu adalah sepi sekali. Sehinggalah kelibat jujur dan telus itu menerajui. Mereka mengangkat Terengganu menjadi juara lagi. Dalam masa ini pemain di janji kan elaun latiha sebanyak RM50 sehari. Namun apakah benar perlaksanaan tersebut berjalan dengan telus ?? Nyata sekali kulapok2 tersebut seperti biasa mengambil hasil titik peluh orang lain yang jelasnya adalah HARAM untuk di suapkan ke mulut anak2 adan isteri mereka. Berani kan kulapok2 ini hidup di atas makanan yang labelnya HARAM bukan kerana babi mahu pun beracun. Makanan haram ini umpama barah yang mengerik IMAN sehinggalah Iman itu habis.

5) Piala President yang suatu ketika di kendali kan oleh seorang lelaki yang bernama MOHAMMAD BIN NIK. Nyata dia ini tidak mampu menaikkan bola sepak president ke perinkat lebih tinggi. Jauh sekali final. Tak pernah kami peminat bermimpi akan mendengar piala president akan ke akhir. Namun setelah berlaku rombakan dan perubahan Khalid Mohd Dahan dipilih menjadi coach. Atas dasar kejuaraan lalu di Piala Belia. Adalah amat kami banggakan kejuaraan pertama setelah beberapa tahun menjadi milik Terengganu untuk kesekian kalinya. Inilah rezeki ALLAH buat mereka yang jujur dan telus dalam kerja nya.

6) Atas sebab yang sama, beliau di beri mandat untuk menerajui Terengganu untuk temasya SUKMA di Kedah pada tahun 2006. Setelah 10 tahun Terengganu pergi "makan angin" semasa SUKMA, malam itu penentuan penalti menjadikan Terengganu juara lagi. Ya Allah besar nya kurniaan-Mu terhadap orang yang jujur dan telus bekerja.

7) 2008 temasya yang same. Masih coach yang sama. Masih mengekal kan pingat yang sama. Ini kerana usaha yang kuat, persefahaman yang baik antara jurulatih dan pemain. Kami bangga melihat Terengganu juara lagi !! Ribuan penonton membanjiri stadium malam itu. Ribuan penonton juga terpesona dengan corak permainan. Ribuan penonton pulang dengan hati yang puas. Jutaan terima kasih di kalungkan pada pemain dan jurulatihnya.

8) Namun hari ini, di peringkat yang lebih tinggi, pengurusan mengalu2kan jurulatih yang tidak ternama. Malah tidak berupaya. Malah busuk hatinya. Malah singkat semangatnya. Malah menyimpang tujuannya.Yang sudah terbukti keTIDAKUPAYAan dia ( tidak layak utk di gelar beliau) namun masih di simpan. Alasan nya ? Tentu sekali mereka sebulu ! Pasti nya mereka bersekongkol dalam ketiadajujuran dalam kendalian. Bukan niat mereka menaikkan nama Terengganu tapi soal utama " Berapa bnyk wang boleh mereka masuk kn dalam poket2 syaitan itu " Wahai kulapok bangsat, beratkan lah poket mu itu, beratkan la amal jahat di bahu kirimu. Ketahuilah azab Allah amat pedih. Nyata suatu hari merempat la kamu dek busuk hati dan perut.

Ini adalah sebahagiaan dari penelitian. Masih banyak yang boleh penulis bongkarkan. Tunggu saje masa nya. Allah pasti membuka apa saje yang tidak baik. Kerana hati yang busuk pasti terlihat di wajah mereka. Adalah sangat hina makhluk yang bertopengkan manusia tapi sebenarnya berhatikan syaitan.

permulaan cerita

Di sini ingin aku berbincang tentang kepincangan bola sepak di negara kita secara pukal nya. Pengkhususan entri ini adalah untuk membincangkan pengurusan bola sepak di bahagian negeri yang jelas dan nyata bertentangan dengan misi dan visi setiap persatuan.

Sebagai permulaan aku tak berniat mahu menghentam mana2 pihak. Selaku pemerhati bola sepak dari kecil lagi aku memahami selok belok permainan, pembangunan remaja malah masalah dalaman bagi sesebuah persatuan.

Sebagai contoh, Terengganu, bersempena kemenagan PAS pada pilihan raya kecil hari itu, aku mahu mengambil negeri tersebut untuk menerokai kesahihan dan kejahilan beberapa kepala dalam mengendalikan isu sukan. Bola sepak bagai kan ibu segala pingat, itu kata2 pengulas stesen TV pd temasya SUKMA 2008. Terengganu menjadi tuan rumah sekaligus menjadi JUARA ibu emas ini.

Namun hari ini Liga Super nya terumbang ambing dengan keputusan KALAH hampir sama jumlah nya dengan jumlah perlawanan. Mengapa ini terjadi ? Sedangkan para pemain adalah pemain yang sama menjulang Terengganu di SUKMA. Nak di salahkna import sudah di hantar pulang. Salah siapa ? Tepuk kepala biar otak bergegar agar sel2 otak boleh berfungsi !

Pengurusan masih yang lama. Pengerusi nya, pengurus nya masih orang yang sama. Manusia lapuk yang hidup bagai di gua. Manusia haloba yang pantang terpandangkan timbunan wang ringgit. Andai peruntukan adalah RM100, walau pun sekelumit RM20 pasti mahu di songlap. Rm20 adalah kecil nilai nya. Tp bayangkan sikap ini telah sebati dalam hati makhluk ini selama berbelas2 tahun. Bayangkan bagaimana busuk nya isi perut mereka dengan memakan hasil keringat pemain2 muda. Yang berlatih di bawah terik matahari. Sampai hati golongan tua tk sedar diri ni kan ?

Tak per. Bukan budak2 tau. Itu detik hati mereka yang tak takutkan kuasa Pencipta. "Ya Allah, berikan laa mereka2 ini azab yang pedih dan saat2 yang memalukan di muka bumi ini" itu doa dari orang2 yang teraniya kerana kebusukan dan kejelikan hati sekumpulan manusia durjana ini.
Ini pandangan mata kasar seorang yang melihat perkembangan bola sepak di negeri Terengganu. Selagi mereka manusia jelik dan bodoh itu menampung pimpianan PBSNT selagi itu lah rahsuah, penindasan terhadap pemain berlaku.