Tuesday, January 20, 2009

permulaan cerita

Di sini ingin aku berbincang tentang kepincangan bola sepak di negara kita secara pukal nya. Pengkhususan entri ini adalah untuk membincangkan pengurusan bola sepak di bahagian negeri yang jelas dan nyata bertentangan dengan misi dan visi setiap persatuan.

Sebagai permulaan aku tak berniat mahu menghentam mana2 pihak. Selaku pemerhati bola sepak dari kecil lagi aku memahami selok belok permainan, pembangunan remaja malah masalah dalaman bagi sesebuah persatuan.

Sebagai contoh, Terengganu, bersempena kemenagan PAS pada pilihan raya kecil hari itu, aku mahu mengambil negeri tersebut untuk menerokai kesahihan dan kejahilan beberapa kepala dalam mengendalikan isu sukan. Bola sepak bagai kan ibu segala pingat, itu kata2 pengulas stesen TV pd temasya SUKMA 2008. Terengganu menjadi tuan rumah sekaligus menjadi JUARA ibu emas ini.

Namun hari ini Liga Super nya terumbang ambing dengan keputusan KALAH hampir sama jumlah nya dengan jumlah perlawanan. Mengapa ini terjadi ? Sedangkan para pemain adalah pemain yang sama menjulang Terengganu di SUKMA. Nak di salahkna import sudah di hantar pulang. Salah siapa ? Tepuk kepala biar otak bergegar agar sel2 otak boleh berfungsi !

Pengurusan masih yang lama. Pengerusi nya, pengurus nya masih orang yang sama. Manusia lapuk yang hidup bagai di gua. Manusia haloba yang pantang terpandangkan timbunan wang ringgit. Andai peruntukan adalah RM100, walau pun sekelumit RM20 pasti mahu di songlap. Rm20 adalah kecil nilai nya. Tp bayangkan sikap ini telah sebati dalam hati makhluk ini selama berbelas2 tahun. Bayangkan bagaimana busuk nya isi perut mereka dengan memakan hasil keringat pemain2 muda. Yang berlatih di bawah terik matahari. Sampai hati golongan tua tk sedar diri ni kan ?

Tak per. Bukan budak2 tau. Itu detik hati mereka yang tak takutkan kuasa Pencipta. "Ya Allah, berikan laa mereka2 ini azab yang pedih dan saat2 yang memalukan di muka bumi ini" itu doa dari orang2 yang teraniya kerana kebusukan dan kejelikan hati sekumpulan manusia durjana ini.
Ini pandangan mata kasar seorang yang melihat perkembangan bola sepak di negeri Terengganu. Selagi mereka manusia jelik dan bodoh itu menampung pimpianan PBSNT selagi itu lah rahsuah, penindasan terhadap pemain berlaku.

2 comments:

  1. selagi yang duduk situ ade kepentingan peribadi dan mahu menyembunyikan hakikat kebenaran selai itulah bakat dari serata ceruk kampung takkan ke mana....!

    yang kesian...anak muda yang jauh-jauh datang dari kampung dek kerana minat dan kesungguhan...



    Yang Mengharapkan Keajaiban,

    Pembaca Tegar

    ReplyDelete
  2. doa kan saje mereka menerima pembalasan maksima kerana melanggar hukum alam yg merasakan nyawa mereka kebal dr malaikat maut !

    ReplyDelete